Michelle Yeoh jadi inspirasi, kebanggaan Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh susulan kejayaan menjadi bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pagi ini.

Menerusi hantaran dibuat dalam laman Facebook, Ka Siong menyifatkan Yeoh sebagai ikon dan kejayaannya itu mampu memberi inspirasi kepada semua.

“Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh! Orang Asia dan Malaysia pertama berjaya merangkul Anugerah Akademi (Oscar) bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, menerusi lakonan dalam filem Everything Everywhere All At Once.

“Dengan karier sebagai anak seni selama empat dekad, Yeoh menjadi ikon yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

“Terima kasih atas sumbangan dan pencapaian membanggakan rakyat Malaysia,” tulis Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.

Ka Siong menyifatkan Yeoh sebagai ikon dan kejayaannya memberi inspirasi rakyat Malaysia. - Foto FB Wee Ka Siong
Ka Siong menyifatkan Yeoh sebagai ikon dan kejayaannya memberi inspirasi rakyat Malaysia. – Foto FB Wee Ka Siong

 

 

Menerusi Oscar Ke-95, Yeoh, 61, menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Kemenangan itu sekali gus mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah Oscar.

Terdahulu, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat