Pemuda Umno Titiwangsa Boleh Kemuka Bantahan Sehingga Selasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) 2023 memberi tempoh sehingga Selasa ini kepada Pemuda UMNO Titiwangsa untuk mengemukakan bantahan terhadap dakwaan wujud manipulasi undi oleh JPU, semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, berkata jika mereka gagal mengemukakan sebarang bantahan, pihak yang terbabit dalam merekod dan menyebar satu video, mendakwa berlaku keadaan sedemikian hingga tular, akan dikenakan tindakan tegas.

Media melaporkan, perbuatan merekod dan menyebar video dengan tujuan untuk meviralkan kepada umum adalah salah dan menjejaskan imej parti.

“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa bantahan mengenai perkara dan situasi yang sudah diviralkan melalui video yang sudah diambil di dalam pusat mengira undi. Kita belum terima apa-apa bantahan lagi.

“Kalau kita tak terima apa-apa bantahan sehingga Selasa, apa yang kita akan lalukan adalah mengambil tindakan terhadap pihak yang mengambil video itu dan meviralkannya.

“Apabila diviralkan video seperti itu dan ia menimbulkan pelbagai spekulasi. Jadi pihak yang bertanggungjawab mengambil video dan menyebarkan di alam maya akan berdepan tindakan,” katanya malam tadi di WTC.

Beliau mengulas mengenai satu video yang tular hari ini dipercayai berlaku di pusat kiraan undi bagi sayap Pemuda Umno Titiwangsa, berkait dakwaan manipulasi undi oleh JPU bahagian Titiwangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata, JPU juga memutuskan supaya Wanita Umno Kuala Kedah mengadakan pemilihannya semula selewat-lewatnya Jumaat depan, susulan bantahan yang diterima.

“Satu bantahan diterima bagi Wanita Umno Kuala Kedah. Kita sudah terima dan sudah pun dengan persetujuan Perhubungan Umno Kedah untuk mengadakan pemilihan Wanita Umno Kuala Kedah yang akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum 17 Mac atau selewatnya pada Jumaat ini.

“Ada juga beberapa bantahan lain kita terima dan sedang teliti dan membuat keputusan. Jadi hingga Selasa tak tahulah berapa banyak bantahan kita akan terima lagi,” katanya.

Mesyuarat dan pemilihan sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri selesai semalam, berlangsung di 189 bahagian di seluruh negara.

Dua bahagian pula ditangguhkan persidangannya termasuk pemilihan iaitu Umno Bahagian Kota Kinabalu dan Tanah Merah.

Shahrir berkata, kira-kira 164,000 perwakilan sayap menunaikan tanggunjawabnya memilih kepemimpinan tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat