Orang politik jangan berkempen di masjid, surau di Selangor – Sultan Sharafudin Idris Shah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya berterusan mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa agar umat Islam khususnya ahli politik tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai pentas untuk berceramah dan berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Baginda turut menitahkan semua pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya agar mematuhi peraturan sedia ada dan saling hormat menghormati satu sama lain.

“Ingatlah, tingkah laku orang-orang politik semasa tempoh kempen akan disaksikan dan dinilai oleh rakyat sebelum mereka membuat pemilihan.

“Beta mengambil kesempatan secara peribadi ingin mengingatkan semula kepada semua ahli yang berhormat agar tidak menjadikan masjid dan surau sebagai medan dan propaganda politik kepartian.

“Beta sudah beberapa kali bertitah dan mengingatkan MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.

“Masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca kepada perbalahan dan sengketa yang akhirnya membina jurang pemisah di kalangan umat Islam atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik yang tiada kesudahannya,” titah Sultan Selangor pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke-enam Dewan Negeri Selangor yang ke-14 di Shah Alam pada Isnin.

Turut berkenan berangkat ke istiadat berkenaan adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat