Bawalah Wanita Umno Ke Satu Tahap Lebih Cemerlang – Shahrizat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap dengan pengekalan Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Ketua Wanita Umno dapat membawa sayap itu ke satu tahap yang lebih cemerlang.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Noraini atas kemenangan beliau sekali gus mengekalkan jawatan selaku Ketua Wanita Umno.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dengan harapan Noraini akan selepas ini membawa Wanita Umno ke satu tahap yang lebih cemerlang.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang telah berjaya mengekalkan jawatan beliau selaku Naib Ketua Wanita Umno dan juga kepada barisan Exco Wanita Umno.

“Terima kasih yang istimewa saya ucapkan kepada pencinta Tudung Merah dan semua Ibu Terbaik Bangsa. Wanita Umno menjadi sumber inspirasi saya sekian lama,” ucap Shahrizat dalam hantaran di Facebooknya.

Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga berkata, beliau rasa bertuah diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam Umno.

“I have enjoyed every minute of my time with Wanita Umno and reconnecting with them and other party members.

“Walaupun rezeki tak ada tapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat