Kerajaan Tak Beri Subsidi Kepada Telur Ayam Import

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia tidak memberikan subsidi kepada telur ayam import sepertimana yang dinikmati pengeluar telur ayam tempatan.

Menurut Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebarang perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengimport dan tiada dana awam yang digunakan.

Tegas beliau, kebenaran mengimport telur ayam boleh ditamatkan pada bila-bila masa apabila bekalan telur dalam negara telah pulih dan stabil.

“Kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun 2023 telah diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn. Bhd. dan syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Untuk rekod, pada 6 Disember 2022, Mohamad telah mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak bulan Oktober 2022.

Jelas beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menetapkan protokol import untuk memastikan setiap haiwan dan produk haiwan yang ingin dibawa masuk ke negara ini mestilah bebas daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan tumbuhan, haiwan dan juga rakyat Malaysia.

“Justeru itu, mana-mana syarikat yang ingin mengimport haiwan dan produk haiwan perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk memastikan negara sumber tersebut tersenarai dalam negara yang diluluskan.

“ Bagi negara yang belum diluluskan, Analisa Risiko Import perlu dijalankan terlebih dahulu. Setelah melepasi analisa tersebut dan diluluskan di peringkat Kementerian, baharulah produk tersebut dibenarkan untuk diimport.

“Mana-mana syarikat yang ingin mengimport boleh membuat permohonan melalui website Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di https://www.maqis.gov.my/index.php/permohonan-permit/,” ujarnya.

Berdasarkan rekod DVS, sejak Januari 2023 usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi kekurangan bekalan telur ayam dalam negara telah mula menunjukkan perkembangan yang positif seperti dalam jadual berikut:

BULAN/TAHUN UNJURAN KEKURANGAN/LEBIHAN
10/2022 -118,272,070
11/2022 -157,543,291
12/2022 -1,282,094
01/2023 +160,649,928

“Sehubungan itu, kerajaan akan sentiasa memastikan langkah-langkah proaktif untuk memastikan bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi dan terjamin,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat