Tak Puas Hati Kalah, Nurulhidayah Lapor Jawatankuasa Pemilihan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Anak Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa wujud pelanggaran etika ketika kempen pemilihan UMNO berlangsung.

Beliau yang tewas dalam saingan Ketua Wanita Bahagian Bagan Datuk kepada penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa semalam mendakwa pelanggaran itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.

“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO,” katanya menerusi catatan Facebooknya pada Ahad.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan bersama kenyataan itu, yang dipercayai tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, antara lainnya mengandungi ayat berbentuk arahan, meminta supaya perwakilan Wanita UMNO di bahagian itu supaya menyokong penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa.

UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat