Xavier Tinggalkan PKR, Sokong PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar meninggalkan PKR yang disertainya sejak tahun 1998, berkuat kuasa serta merta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mengumumkan akan menjadi ahli Parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya akan terus terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli parlimen bebas dan saya akan penuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat di Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan ini merupakan perkembangan terbaru selepas dua ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) meninggalkan parti itu pada penghujung Februari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat