Hamzah Zainudin Dipecat Daripada BERSATU, Berkuat Kuasa Serta-Merta

KUALA LUMPUR, – Hamzah Zainudin dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa serta-merta selepas Lembaga Disiplin parti membuat keputusan dalam mesyuarat yang berlangsung semalam.

Menurut kenyataan rasmi parti, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin bersidang pada 12 Februari 2026 dan mendapati beliau melanggar peruntukan tertentu dalam Perlembagaan parti. Susulan itu, keahlian beliau dilucutkan di bawah Fasal 22.5, berkuat kuasa mulai tarikh notis dikeluarkan hari ini.

Notis pemecatan berkenaan turut memaklumkan bahawa Hamzah mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut.

Hamzah sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden BERSATU dan merupakan antara pemimpin utama parti itu. Setakat ini, beliau belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan pemecatan berkenaan.

Perkembangan terbaharu ini dijangka memberi kesan besar kepada landskap politik dalaman BERSATU serta kedudukan kepimpinan parti menjelang persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat