KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Negeri Pahang dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah / 2024.
menurut Wan Rosdy, penganjuran ini adakan diadakan pada 23 hingga 28 Mei 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan.
Beliau berkata demikian selapas mempengerusikan mesyuarat bersama YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.
“Saya bersama YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.
“Insya-Allah, penganjuran ini adakan diadakan pada 23 hingga 28 Mei 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan.
“Kali terakhir Pahang menjadi tuan rumah majlis ini ialah pada tahun 2014 iaitu 10 tahun lalu,” kata Wan Rosdy.
Menurut Wan Rosdy lagi, Kerajaan Negeri Pahang juga akan memberi sokongan penuh bagi memastikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada kali ini dapat berjalan dengan lancar.
Semoga segala usaha kita untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini mendapat keberkatan serta rahmat Allah SWT. Amin, ujar beliau.
Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. -SUARATV