SPRM tahan dua bekas kakitangan IPTS disyaki seleweng RM1 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua bekas kakitangan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air kerana disyaki menyeleweng wang hampir RM1 juta daripada institusi itu untuk tujuan peribadi.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan secara berasingan jam 5.30 petang di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan SPRM Perlis ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu dari 2022 hingga 2023 dengan suspek pertama yang menggunakan jawatan sebagai ‘Pegawai Khas’ kepada ketua pegawai kewangan IPTS itu untuk memindahkan wang daripada akaun IPTS ke akaun peribadi miliknya dan seorang lagi suspek.

“Jumlah perpindahan wang yang dilakukan adalah kira-kira 60 transaksi bank membabitkan hampir kira-kira RM1 juta dan kesemua wang itu digunakan untuk tujuan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, susulan penahanan itu, suspek pertama yang juga bekas ‘Pegawai Khas’ IPTS itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar, Perlis untuk tujuan permohonan reman. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat