Waspada scammer menyamar pegawai Imigresen tawar khidmat lepas orang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengesan taktik scammer tawar khidmat melepaskan orang kena tahan dengan meminta wang.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya mengesan berlaku penyalahgunaan identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan maklumat untuk tujuan penipuan.

“Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima sebarang mesej pesanan atau panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Mohammed Saupee berkata, hebahan melalui platform pemesejan serta panggilan telefon berkaitan transaksi di dalam perkhidmatan JIM Kuala Lumpur tidak sama sekali diguna pakai.

“Urusan adalah hanya melalui panggilan telefon rasmi JIM Kuala Lumpur di talian 03 6205 7400 atau alamat emel rasmi, @imi.gov.my sahaja,” katanya.

Menurutnya, penafian itu sejajar dengan pemeriksaan dalaman terhadap pegawai JIM Kuala Lumpur yang telah disalah guna identiti mereka dan orang ramai digesa agar berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan tersebut.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan mesej serta panggilan telefon yang disyaki palsu dengan cara menghubungi JIM Kuala Lumpur melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) di pautan https://imi.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau emel ke [email protected].

“Individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat