Adun Pelangai dilantik Exco Pahang – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).

Datuk Amizar mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di Istana Abdulaziz, Kuantan, sebentar tadi.

“Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan di Istana Abdulaziz, Kuantan, sebentar tadi.

“Ahli Dewan Negeri Pelangai, YB. Dato’ Amizar Abu Adam mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Selasa.

Beliau juga mengucap tahniah kepada YB Dato’ Amizar atas pelantikan ini.

“Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi demi kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.

Amizar yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober lalu, berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun.

Kerusi DUN Pelangai kosong berikutan kematian Johari yang terbabit dalam nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRK DUN Pelangai itu, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat