Selaras waktu siaran 5 stesen radio daerah

- Advertisement -

KUANTAN – Waktu siaran bagi lima stesen radio daerah kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) diselaraskan bermula jam 6 pagi bermula hari ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman sempena sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS), di Kuantan.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Suhaimi berkata, stesen radio yang terbabit ialah TawauFm, SandakanFm, KeningauFm, LabuanFm dan LangkawiFm yang sebelum ini memulakan siaran jam 7 pagi.

“Ini bermakna siaran tempatan semua stesen diselaraskan bermula jam 6 pagi hingga 7 malam.

“Masa siaran KeningauFm pula dilanjutkan selama dua jam iaitu dari 5 petang hingga 7 malam, berbanding sebelum ini siarannya bermula 7 pagi hingga jam 5 petang,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemilihan Pahang sebagai lokasi sambutan, beliau berkata ia dibuat kerana negeri ini memiliki keunikan dan tarikan tersendiri.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat