Banjir Kilat: Kerajaan Negeri Pahang Lulus Bantuan RM200,000 Naiktaraf Sistem Perparitan

- Advertisement -

BUKIT TINGGI: Kerajaan Negeri Pahang meluluskan bantuan berjumlah RM200,000 bagi menaiktaraf sistem perparitan dan menampung kos kerosakan.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, peruntukan ini adalah bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir kilat di Kampung Bukit Tinggi, Bentong.

Jelas beliau lagi, peruntukkan RM200,000 ini diluluskan selepas beliau melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku di kampung tersebut.

“Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan segera berjumlah RM200,000 bagi menaik taraf sistem perparitan serta sumbangan untuk menampung kos kerosakan bagi meringankan beban dihadapi mangsa banjir kilat di Kampung Bukit Tinggi, Bentong.

”Peruntukan ini diluluskan selepas saya melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku di kampung ini pada petang tadi.”katanya.

Ujar Wan Rosdy lagi, beliau turut berpuas hati dengan tindakan segera yang telah diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bentong bersama dengan agensi-agensi yang terlibat dalam menguruskan banjir kilat yang berlaku pada petang semalam yang melibatkan dua kawasan iaitu di Kampung Bukit Tinggi dan juga Janda Baik.

Dalam pada itu, beliau berharap semoga penduduk yang terlibat dapat bersama menghadapi ujian ini.

Terdahulu, beberapa buah premis perniagaan dan lima rumah terbabit dalam kejadian ‘kepala air’ berlumpur di Bukit Tinggi dan Janda Baik, Bentong susulan hujan lebat petang semalam.

Susulan itu, jalan lama Bentong-Kuala Lumpur terputus hubungan di FT68 Seksyen 43.4 dan ditutup kepada semua lalu lintas.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat