Jadikan Radio Medium Sebarkan Maklumat Tepat – Fadzli Kamal

- Advertisement -

KUANTAN: Exco Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, di era media sosial yang cukup berpengaruh ini, radio perlu berperanan sebagai medium menyebarkan maklumat yang sahih.

Jelasnya, stesen radio perlu membuat penampilan dan inovasi baru berdasarkan “trends & direction” pendengar hari ini untuk terus meraih perhatian dari pendengar.

Beliau berkata demikian ketika mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyempurnakan majlis perasmian Hari Radio Sedunia 2023 di RTM, Kuantan, pagi tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, Encik Suhaimi Bin Sulaiman.

“Saya gariskan mengenai peri pentingnya radio sebagai penyebar maklumat yang sahih kepada masyarakat, khususnya di era media sosial yang cukup berpengaruh ketika ini melalui platform facebook, instagram, tiktok, twitter dan spotify.

“Justeru, stesen radio perlu membuat penampilan dan inovasi baru berdasarkan “trends & direction” pendengar hari ini untuk terus meraih perhatian dari pendengar.”katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan rasa bangga dan terima kasihnya kepada kepada warga RTM termasuk Pahang FM kerana terus berupaya menjadi pilihan utama rakyat Pahang untuk mendapatkan maklumat semasa berkaitan aktiviti dan perkembangan yang berlaku di negeri dan negara ini.

Beliau juga yakin Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu En Suhaimi Sulaiman akan meneruskan kegemilangan RTM, berkat pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam industri penyiaran di negara kita selama ini.

”Selamat maju jaya untuk semua dan “Selamat Hari Radio Sedunia 2023.” Ucapnya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat