60 Hari Terpenting Negara Dan Bangsa

- Advertisement -

OLEH: Tan Sri Nordin Kardi

UMNO diberi tempoh 60 hari untuk mengemukakan penjelasan dan makluman berkaitan aduan berhubung jawatan utama Parti (Presiden dan Timbalan Presiden) tidak dipertandingkan seperti diputuskan Perhimpunan Agung 2022 bulan lalu.

Orang awam telah mendengar pelbagai pendapat dan hujah mengenai keputusan itu. Yang menyokong dan yang menentang.

Dengan waktu yang diberikan selama 60 hari RoS telah berlaku sangat adil. RoS memberi peluang Pentadbiran UMNO menyiapkan hujah dan dokumen berkaitan bagi menjawab mengapa keputusan PAU itu sah dari segi undang undang, sah dari segi spirit dan peraturan Pertubuhan Politik.

Namun kita tidak pasti sama ada ahli atau kumpulan alternatif ahli UMNO yang berbeza pendapat juga turut bersungguh sungguh menyediakan hujah kepada RoS bagi menyokong pendapat bahawa keputusan itu tidak sah atau berlawanan dengan spirit pertubuhan yang RoS sendiri bertekad untuk menyuburkan? Memahami jiwa pegawai kerajaan saya yakin RoS juga menunggu memorandum kumpulan alternatif, cuma mereka tak perlu nyatakan. Mereka menunggu afidavid kedua dua pihak.

Jika kumpulan altetnatif itu ada keazaman menentukan supaya keputusan PAU itu hendaklah dibatalkan, maka kumpulan alternatif hendaklah bekerja kuat, bahkan lebih kuat daripada Barisan Pentadbiran, mengemukakan hujah balas bahawa keputusan PAU itu hendaklah dibatalkan oleh RoS. Hujah pentadbiran UMNO sudah diketahui umum dan boleh dijadikan asas bagi hujah balas.

RoS adalah anggota pegawai kerajaan. Pegawai Kerajaan dalam jiwa mereka tetap tebal dengan semangat neutraliti dan objektiviti. Jika mereka ditekan mungkin mereka akur tetapi selepasnya tiada jaminan makluman pihak yang menekan akan kekal tersimpan rapi. Jika mereka dihujah balas dengan kuat mereka akan berhenti sejenak memikirkannya. Jika tiada hujah balas mereka akan menerima hujah sebelah pihak sebagai asas membuat keputusan.

Memahami psikologi pegawai kerajaan ini, kedua dua pihak, yakni Pihak Pentadbiran UMNO dan Pihak Alternatif hendaklah memanfaatkan tempoh 60 hari yang diberi, bukan selepasnya.

Pihak alternatif tidak boleh menunggu sehingga RoS sudah mengeluarkan verdicts mereka. Itu akan terlambat dan tidak strategik. Moment of truth ialah sebelum keputusan dibuat oleh RoS. Maka memorandum hendaklah sekarang sampai kepada RoS bertali arus.

Jika selepas RoS membuat keputusan baharulah kumpulan alternatif memulakan paluan gendang, maka mereka sememangnya kita boleh anggap sebagai pemimpin lembab yang statusnya hanya layak memalu gendang. Anda bukan alternatif kepada pemimpin yang berkuasa sekarang. Pemimpin semasa jauh lebih berwibawa daripada anda. Terimalah hakikat. Maka anda palulah gendang sampai kiamat kerana gendang anda hanyalah hiburan santai.

Sekaranglah masanya kumpulan alternatif memerah otak dan menggerakkan tenaga menyelongkar dokumen sokongan untuk dilampir sebagai exhibit. Siapkanlah ratusan memorandum kepada ROS. Jawablah segala hujah. Buatlah sebanyak banyak bengkel dan ‘town hall sessions’ dalam tempoh 60 hari yang singat, genting lagi penting ini.

Contohilah Datuk Nenek Melayu dan Bukan Melayu dulu, yang tak ada pelbagai rantaian Sijil seperti sekarang, dapat mengumpul 131 memorandum kepada penjajah dan Raja Raja untuk menetapkan terma memerdekakan negara. Adakah orang sekarang masih sama seriusnya apabila mendepani hal penting berkaitan masa depan negara? Atau orang sekarang hanya pandai bersorak pada pasca kejadian? Atau keputusan PAU itu sememangnya tak penting pun.

Penulis ialah bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat