Apa Kerja Exco Agama Kalau Gagal Pantau Isu Wang Zakat MAINS, Soal CheguBard

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali dengan gelaran CheguBard mempersoalkan kewibawaan Exco Agama Negeri Sembilan dalam menangani kontroversi isu wang zakat di negeri itu.

“Tiga minggu lepas (saya) menerima beberapa dokumen berkaitan yang menggambarkan terdapat unsur penyelewengan wang zakat di Negeri Sembilan. Sebahagian dokumen tersebut juga telah mula tular di media sosial sejak seminggu lepas.

“Setelah meneliti dan mempercayai ada kebenaran dokumen yang diterima maka sebahagian dari dokumen tersebut saya juga telah naikkan ke Page fB che’GuBard Original pada 5 Febuari 2023 untuk menarik perhatian pihak berkaitan seperti Exco Agama Islam Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sendiri.

“Cadangnya, 13 Febuari akan ke MAINS dan Pejabat Exco Agama sendiri meminta penjelasan. Namun 8 Febuari 2023, Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut menjawat jawatan Exco Agama Islam Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan dalam perkara berbangkit.

“Dalam laporan media dia seolah mengakui memang ada masalah tetapi menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat.

“Jelas MB sangat lemah bila dia menyatukan dia tidak tahu apa Sebab dia telah keluar dari MAINS, jelas ia kenyataan lepas tangan / menyelamat diri walaupun beliau menerima gaji sebagai Exco Agama Islam Negeri Sembilan,” katanya, menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat lalu.

CheguBard turut mengemukakan beberapa persoalan berkaitan isu tersebut yang menurutnya perlu diberi penjelasan sebenar.

“Benarkah nilai juta yang tinggi dari akaun milik MAINS Zakat Sdn Bhd digunakan sebagai bayaran ganjaran ke atas kakitangan apabila berpindah dari MAINS Zakat Sdn Bhd ke Perpadanan Baitulmal Negeri Sembilan ? Apakah dalil membenarkan perbelanjaan wang zakat sebegitu ? Berapa jumlah wang pampasan itu sebenarnya ?

“Benarkah syarikat MAINS Zakat Sdn Bhd sebenarnya tidak dibubarkan maka pembayaran tersebut tidak sah ? Selepas tarikh kononya pembubaran syarikat masih aktif dan ada surat syarikat keluar ditandatangani Pengurus Besar. Benarkah resolusi pembubaran syarikat juga tidak sah kerana penandatangan resolusi itu telah pun digugurkan sebagai Lembaga pengarah ketika tarikh resolusi ditandatangani ?

“Mohon penjelasan menjadi amalan biasa syarikat membayar pampasan tinggi kerana tutup. Maka apabila kakitangan memulakan kerja di tempat baru maka perlu dimulakan dengan gaji permulaan, bukannya menyambung tahuin perkhidmatan dengan tangga gaji sama. Maka amalan berhenti bayar pampasan tinggi kemudian mulakan tugasan dalam entiti baru dengan kerja yang sama dan sambung tangga gaji serta tahun perkhidmatan ialah SALAH
.
“MAINS Zakat Sdn Bhd milik MAINS sepatutnya nak bubar syarikat semua wang dan harta pindah terus ke MAINS. Benarkah tatacara yang terjadi pula sedikit berbeza dimana wang hampir habis bayar pampasan sebaliknya tanggungan besar dipindahkan terus ke MAINS ? Kenapa hutang atau tanggungan tidak diselesaikan dahulu ?
Wang Zakat ini merupakan isu sensitif umat Islam. Penjelasan tuntas diperlukan oleh rakyat Negeri Sembilan.

“Sekali lagi menyatakan rasa kecewa dengan Exco Agama Islam Negeri Sembilan yang sangat lemah membiarkan semua ini terjadi malah kini cuba lepas tangan dengan menyatakan dia tidak terlibat kerana telah keluar dari MAINS, apa kerja Exco Agama kalau perkara sebegini gagal dipantau,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat