SPRM Tahan Pegawai Universiti Disyaki Kemukakan Tuntutan Palsu RM330,000

- Advertisement -

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai di sebuah universiti tempatan kerana disyaki mengemukakan dokumen tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000 antara 2018 hingga 2022.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang hari ini, ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek dipercayai membuat tuntutan palsu bagi projek itu sedangkan kakitangan di bawah suspek tidak terbabit langsung dengan aktiviti dan tuntutan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat