Tingkatkan Pendapatan Warga Luar Bandar, KPLB Peruntukkan RM10 Juta – Menteri

- Advertisement -

PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan RM10 juta bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara programnya termasuk Bantuan Warung Desa@KPLB yang dilaksanakan di Padang Terap, Kedah.

“Program tersebut merupakan pemberian bantuan peralatan dan latihan kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa, seterusnya membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan.

“Program itu juga bagi membantu usahawan kecil memiliki kios sendiri untuk menjalankan perniagaan mereka.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas majlis penyerahan bantuan Warung Desa@KPLB di sini, hari ini.

Jelas Mahdzir, PPP adalah program pemberian bantuan peralatan serta latihan kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa dan seterusnya keluar daripada zon kemiskinan.

Kadar bantuan peralatan maksimum RM10 ribu diberikan kepada setiap peserta.

Tahun ini KPLB akan meneruskan fokus kepada kaedah mentor mentee bagi meningkatkan kelangsungan aktiviti ekonomi penerima bantuan.

Tahun lalu, seramai 564 orang terpilih menerima bantuan PPP di seluruh negara.

Bagi bantuan PPP tahun ini, Mahdzir berkata ia dilaksanakan menerusi agensi-agensi KPLB seluruh negara termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, KEDA di Kedah, dengan sasaran 950 orang peserta.

Ini termasuk pemberian bantuan WarungDesa@KPLB yang dianggar melibatkan 300 orang penerima dengan peruntukan RM2 juta.

Bagi fasa pertama, seramai 15 orang usahawan menerima bantuan Warung Desa@KPLB KEDA dengan nilai bantuan berjumlah RM75 ribu.

“Program bantuan Warung Desa@KPLB di bawah KEDA ini antara program bantuan yang dilihat mampu memberi impak positif kepada Program Peningkatan Pendapatan.

Pada tahun ini program Warung Desa@KPLB sedang dilaksanakan di dua daerah iaitu di Padang Terap dan di Sungai Petani sebagai permulaan ” kata Mahdzir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat