“Muhyiddin Yassin ada aura sombong”

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai aura sombong.

Saiful Bahari Baharom, melalui satu muat naik di laman Facebook berkata Muhyiddin jarang tersenyum dan sering menunjukkan masam.

“Dua minggu sekali, sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi yang juga di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai Pegawai Khas kepada PM (Bahagian Ekonomi) dan antara semua pegawai khas yang hadir, tempat duduk sayalah paling dekat dengan PM serta saya dapat melihat dengan jelas apa-apa interaksi antara Perdana Menteri dan Timbalannya.

“TS (Tan Sri) Muhyideen ni auranya sombong. Kalau umurnya muda, boleh di gelar “cocky”.

“Saya berpeluang untuk bersalaman dengannya beberapa kali. Responsnya bagaikan nak salam tak nak salam sahaja. Mukanya selalu masam dan jarang senyum,” katanya sebentar tadi.

Saiful yang sebelum ini bertugas di Jabatan Perdana Menteri turut mendakwa Muhyiddin juga merupakan seorang individu yang tidak suka diarah.

“Saya masih ingat suatu kali di mana setelah selesai agenda mesyuarat, DS Najib memohon TS Muhyideen untuk mewakilinya sebagai TPM untuk menghadiri suatu majlis yang DS Najib tidak dapat hadir.

“Adalah jelas dari air muka TSMY beliau tidak suka di arah atau di minta membuat sesuatu oleh bossnya,” jelas lagi.

Sementara itu melalui muatnaik yang sama, Saiful turut berkata peribadi Muhyiddin sangat berbeza dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sering tersenyum dan peramah.

“Sebaliknya, DS (Datuk Seri) Zahid, orangnya peramah, senyum tidak lekang dari bibirnya dan adakala DS Zahid juga menegur kita dahulu tanpa menunggu kita bersalamnya.

“Saya masih ingat hanya baru mesyuarat kedua Majlis Ekonomi selepas DS Zahid di lantik menjadi Timbalan PM, DS Zahid menepuk bahu saya, bertanya, “How are you, young man?” Ramah orangnya.

“Dan jika DS Najib meminta DS Zahid apa-apa bantuan kerja dari DS Zahid, DS Zahid menerimanya dengan senyuman dan selalu berkata, “No problem, sir,” jelasnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat