3,499 Kes Baru Covid, 5 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat COVID-19 hari ini mencatat penurunan berbanding semalam dengan lima kematian dilaporkan manakala kes baharu positif wabak itu terus merekodkan empat angka dengan 3,499 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 261,805, dengan kes aktif sebanyak 51,558.

“3,498 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,871 warga tempatan dan 1,627 bukan warga negara manakala satu kes lagi merupakan kes import membabitkan seorang warga tempatan,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata kes sembuh pula mencatat 3,515 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada COVID-19 adalah sebanyak 209,289 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 263 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes kematian hari ini melibatkan dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah, Johor, dan Terengganu dengan lingkungan umur kesemua mangsa dari 20 hingga 68 tahun.

Beliau berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 1,345 kes, diikuti Johor (802 kes) dan Kuala Lumpur (511 kes).

“Sebanyak 70 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara membabitkan Kluster Tembok Bendera dengan 46 kes, Tembok Sungai Udang (18) dan Kluster Penjara Seberang Perai (6),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sejumlah 10 kluster baharu dikesan, dengan sembilan daripadanya berkaitan tempat kerja dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.

Katanya, jumlah kluster aktif kini 483 dengan 85 daripadanya merekodkan pertambahan kes baharu hari ini.

“Bagi kluster di tempat kerja, tiga dikenal pasti di Johor iaitu Persiaran Synergi Utama, Jalan i-Park Satu dan Jalan Lengkok Satu, dua di Selangor iaitu Lebuh Keluli dan Industri Selesa.

“Selain itu, dua di Kuala Lumpur iaitu Tapak Bina Lorong Peel dan Tapak Bina Jalil Utama, serta Persiaran Bunga Tanjung di Negeri Sembilan dan Bukit Tengah di Terengganu,” katanya.

Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini ialah Kluster Sungai Putus (271 kes), Kluster Persiaran Synergi Utama (219 kes), dan Kluster Tapak Bina Lorong Peel (187 kes), katanya.

Beliau berkata 11 kluster dilapor tamat hari ini iaitu Bukit Bakar, Jalan Timah, Seragam Chepa, Restoran Putra, Tapak Bina Jalan Desa, Pekeliling, Jalan Chu, Tapak Bina Laut, Tapak Bina Matahari, Pagar Bentong, dan Jalan Sembrong.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster tamat setakat ini 489, kata Dr Noor Hisham. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat