Ismail Sabri Lapor Polis Berhubung Video Fitnah

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang didakwa memfitnah dirinya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini pada jam 12 tengah hari Sabtu.

Sebelum ini tular di Facebook satu rakaman video Ismail Sabri hadir ke satu majlis dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Video itu menunjukkan beliau bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka duduk bersama di meja jamuan dengan tidak menjaga penjarakan sosial.

Difahamkan, video berkenaan merupakan majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan di sini pada September tahun lalu – Sinar Harian

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Lesen Peniaga, Penjaja Dan Bayaran Separuh Sewaan Premis Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi,...

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...

Perlu Jalani Ujian Calitan Covid-19 Sebelum Masuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR - Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran...