Terima kasih maafkan tapi kami bukan pengkhianat – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memaafkan 10 ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) yang menandatangani surat akuan (SD) yang menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun menyatakan bahawa sehingga hari ini beliau tidak tahu apa sebabnya mereka dituduh sebagai pengkhianat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden kerana memaafkan 10 ahli Parlimen yang dikatanya pengkhianat. Saya cukup yakin bahawa apa yang berlaku tak ada benda yang patut kita apologetic sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti.

“Apa disebut ahli Parlimen Jelebu (Datuk Seri Jalaudin Alias) semalam saya setuju sangat itu sebenarnya fakta dan kalau sekiranya merupakan sesuatu yang perlu saya sahkan, kalau mereka nak ambil tindakan ambillah tak ada benda yang saya perlu bimbang, kerana kita konsisten sebelum ini kerana peringkat awal usaha nak bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) bercangah dengan pendirian parti sendiri.

“Kita buat SD berkenaan tetapi bila parti sudah buat keputusan kita berkecuali. Pada satu ketika dahulu bahawa kita tarik balik SD berkenaan dan selepas itu bila Tuanku titah kita setuju wujudkan Kerajaan Perpaduan, kita pun anggap itu kehendak parti kita setuju, jadi di mana pengkhianatannya? soal Hishammuddin ketika ditemui media di lobi Dewan Merdeka pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga mengingatkan pimpinan yang lain bahawa rakyat sudah agak muak, bosan dengan cara Umno bertelagah, berbalah dan menuduh sesama kita.

“Kerana apa yang penting ialah untuk lihat parti ke hadapan, kita akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), kita sudah kalah dalam PRU15.

“Saya harap apa yang kita bincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU)tahun ini ialah hala tuju dan cara bagaimana dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan, itu lebih baik daripada hanya menggunakan platform ini untuk bercakaran dan berbalah sesama kita, tuduh sesama kita dan serang menyerang sesama kita. Sedarlah, cukup-cukuplah,” katanya.

Semalam kata Zahid, meskipun sudah memaafkan 10 ahli Parlimen beliau tetap mahu kesemua mereka menarik balik SD.

Zahid juga memberitahu akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan tiada sebarang gerakan tersembunyi yang menyimpang dari landasan Kerajaan Perpaduan.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat