KUALA LUMPUR:Ketua Bahagian UMNO Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengaku menandatangani Surat Akuan Berkanun (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Memetik Astro Awani katanya, kalau ada pun masalahnya, soal beliau.

”Saya tidak menafikan bahawa saya antara yang termasuk dalam senarai 10 orang Ahli Parlimen berkenaan.

“Saya tak nafi, tapi saya tak tahu. Kalau ada, apa masalah?” soalnya selepas kepada pemberita selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya mendakwa tidak tahu-menahu bahawa namanya tersenarai dalam salah seorang yang menandatangai (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.

“Saya tidak menonton berita,

“Ada nama saya? Saya tak perasan pula ada nama saya. Saya tak pernah tengok berita,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan nama 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani SD menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Pendedahan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri itu ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup sempena PAU2022 pada Rabu.

Pada Khamis, Ahmad Zahid telah memaafkan tindakan 10 Ahli Parlimen terbabit dan akan terus memantau bersama Lembaga Disiplin parti mengenai pendirian mereka, atau jika ada sebarang gerakan.