Majoriti perwakilan Umno ‘boo’ usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak direbut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perwakilan Umno ‘boo’ pembahas yang bawa usul tambahan agar jawatab Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan.

Reaksi negatif itu menggambarkan perwakilan tidak bersetuju dengan usul berkenaan dan cenderung dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Berdasarkan petikan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok Reform Umno, pembawa usul hanya mendapat sedikit tepukan lebih kepada ‘boo’.

Malah, majoriti langsung tidak bangun untuk memberi sokongan.

Usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan telah dikemukakan oleh perwakilan dari Negeri Sembilan dalam sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden.

Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dalam ucapan menyokongnya cadangan usul tambahan yang dikemuka perwakilan dari Negeri Sembilan itu dengan menyatakan asas bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang cekal.

Malah katanya, Umno akan lebih kecundang pada PRU15 sekiranya bukan Zahid menjadi Presidennya.

“Kepimpinan Zahid juga disokong oleh rakan-rakan Majlis Tertinggi (MT) Umno terutamanya Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) yang tidak pernah ada cita-cita nak ganggu gugat kewibawaan Presiden.

“Maka gandingan ini perlu dikekalkan,” katanya di Dewan Merdeka pada Jumaat.

Sebelum ini, Zahid menyatakan beliau sedia dicabar dan tidak akan meyekat ruang demokrasi.

Dalam ucapan tambahannya, Nik Dir juga menuntut Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri memperuntukkan royalti minyak diagihkan melalui Jabatan Persekutuan.

“Boleh diselaras dalam negeri-negeri yang kita (Umno) bukan kerajaan.

“Selain itu, saya juga mendesak Umno untuk melakukan sesuatu kepada Datuk Seri Najib Razak. Waktu dia masuk (penjara) kita jadi Perdana Menteri tapi mengecewakan.

“Saya merayu Umno berusaha bebaskan Najib,” katanya.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat