Pertandingan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Diputuskan Esok – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Usul untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno hanya akan diluluskan oleh perwakilan pada esok, Sabtu.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, ada beberapa lagi usul yang dibawa oleh perwakilan dan tidak mempertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno antara salah satu usul yang akan dibahas dan diluluskan esok.

“Usul tidak merebut dua jawatan penting Umno itu dibawa perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin dan disokong oleh perwakilan dari Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang dan akan tetap dibahas oleh perwakilan dari negeri-negeri esok.

“Siapa nak bawa usul bergantung kepada mereka kita tak halang mana-mana usul. Malah Presiden sendiri dah buat kenyataan bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno tak buat keputusan sebaliknya serah kepada perwakilan.

“Biasanya dalam persetujuan macam ni, kita buat dan akan tanya Pengerusi Tetap akan tanya perwakilan setuju ke tak, bukan untuk usul itu saja, ada tiga usul tadi. Ada tujuh usul semua ada tujuh. Usul untuk jawatan tak dicabar adalah usul tambahan sebenar,” katanya ketika sidang media pada Jumaat.

Sementara itu, Isham juga memberitahu persidangan kali ini dibuat secara tertutup dan lebih kepada mesyuarat dalaman kerana ketika ini waktu kritikal buat Umno maka bincang secara terus terang dalam dewan.

Selain itu, katanya, Umno masih belum menetapkan tarikh pemilihan namun ia akan dibuat sebelum 19 Mei 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat