Yantzen tetap syukur

- Advertisement -

LUMRAH kehidupan manusia pasti tidak terlepas daripada ujian. Sama ada ringan atau berat dugaannya, apa yang diberikan Allah SWT itu sudah tentu ada rahmat di sebaliknya. Apapun, teruskan sabar.

Namun, kejadian banjir besar yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor pada 18 Disember tahun lalu, nyata sangat mengejutkan. Rata-rata, ramai yang tidak bersedia kerana tak pernah menduga.

Bagi penyanyi Yantzen, 63, apa yang dilalui ketika kejadian banjir hingga memusnahkan harta bendanya adalah takdir sudah ditetapkan Yang Maha Esa. Katanya, kejadian bencana itu berlaku sangat pantas.

“Selama lima tahun saya menetap di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat, ia adalah kejadian banjir besar pertama dialami hingga masuk ke dalam rumah dan memusnahkan harta benda saya.

“Malah, saya sendiri sampai duduk di atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri. Air banjir deras yang muncul memang tak diduga. Apapun, semuanya sudah berlaku dan saya menerima dugaan ini dengan sabar dan redha,” katanya.

Berpengalaman menetap selama dua hari di pusat penempatan sementara (PPS), Yantzen berkata dia bersyukur ramai pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) hadir menghulur bantuan dari segi makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir terjejas.

 

YANTZEN bersyukur tak alami trauma dan fobia selepas kejadian banjir di Hulu Langat baru-baru ini.
YANTZEN bersyukur tak alami trauma dan fobia selepas kejadian banjir di Hulu Langat baru-baru ini.

 

Ditanya juga perasaannya apakah dia mengalami trauma dengan bencana banjir itu, Yantzen berkata dia bersyukur tidak berasa takut atau fobia dengan apa yang sudah berlaku. Katanya, dia okey dan tenang selepas pulang ke rumahnya semula.

“Alhamdulilah, saya tidak trauma dan fobia untuk tinggal di rumah selepas balik dari PPS itu. Bagi saya, apabila dapat pulang ke rumah dan melihat keadaan sebenar, hanya fikir nak bersihkan lumpur banjir yang tebal saja. Syukur alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang datang membantu.

“Apapun, tak dinafikan kerugian harta benda dialami memang banyak. Tapi, saya terima dengan hati terbuka kerana kejadian ini tidak diduga. Malah, saya pun tak terfikir untuk berpindah dari kawasan kediaman ini ke tempat lain,” katanya.

Menurut Yantzen lagi, dia membina rumah itu untuk anak lelaki tunggalnya, Alif Ronan, 23. Katanya, mereka merancang tinggal di rumah itu bersama-sama dan selama beberapa tahun ini sudah banyak kenangan indah dikecapi.

Mengulas juga mengenai bantuan diterima, Yantzen berkata dia amat bersyukur apabila banyak dibantu rakan-rakan, persatuan artis serta kumpulan NGO yang datang ke Hulu Langat itubuntuk menjalankan misi bantuan banjir.

 

KERUGIAN besar, Yantzen akur dengan ujian menimpanya akibat banjir yang berlaku.
KERUGIAN besar, Yantzen akur dengan ujian menimpanya akibat banjir yang berlaku.

 

“Memang ramai rakan yang membantu dan kesanggupan mereka datang ke rumah membersihkan lumpur banjir serta menghulurkan bantuan kewangan amat dihargai. Begitu juga, pertolomgan jiran-jiran dan persatuan artis.

“Apapun, selain itu saya juga bersyukur masih lagi menerima tawaran menyanyi. Terima kasih kepada penganjur yang sedia memberi tawaran, sekali gus sedikit-sebanyak dapat juga membantu saya,” katanya.

Yantzen memaklumkan beberapa hari selepas kejadian banjir itu, dia menerima tawaran menyanyi di Terengganu. Ujarnya, dia tetap gembira dapat menghiburkan orang ramai yang hadir menyaksikan persembahannya di sebalik dugaan yang menimpa.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat