KPMG bayar RM340.92 juta penyelesaian 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan telah menerima penyelesaian berjumlah RM340.92 juta (USD80 juta) daripada KPMG sebagai penyelesaian 1MDB.

Wang itu telah disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia (Malaysia’s Assets Recovery Trust Account).

“Penyelesaian ini adalah susulan daripada pengumuman pada 16 September 2021 di mana KPMG bersetuju untuk menyelesaikan saman sivil yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap mereka.

“Setakat ini, Akaun Amanah – di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia – telah menerima sejumlah RM19.138 bilion berhubung skandal kewangan 1MDB. Dana ini telah/akan digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak 1MDB,” kata Menteri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ujar beliau, sehingga kini, kerajaan telah membayar balik RM13.3 bilion hutang 1MDB.

“Pada 31 Disember 2021, hutang terkumpul 1MDB yang terdiri daripada prinsipal dan kupon/keuntungan untuk bon dan Sukuk adalah berjumlah RM38.81 bilion.

“Walaubagaimanapun, baki semasa Akaun Amanah adalah mencukupi untuk membayar jumlah prinsipal bon untuk tahun ini (2022) sahaja,” katanya.

Menteri Kewangan itu memberitahu, apabila semua dana Akaun Amanah telah digunakan, kerajaan akan terus menanggung obligasi untuk membayar baki hutang 1MDB, yang penerbitannya disokong oleh Jaminan dan Surat Sokongan Kerajaan.

“Melangkah ke hadapan, kerajaan kekal komited dalam usaha pemulihan aset 1MDB, dan akan sentiasa memastikan peruntukan yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang 1MDB bagi menguruskan beban kewangan negara yang diakibatkan oleh entiti ini.

“MOF ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah atas usaha mereka dalam mencapai penyelesaian ini,” ulas Tengku Zafrul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat