Timbalan Menteri KKMM Positif Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan awal pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pejabat Timbalan Menteri, Zahidi telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.

“Pada masa kini beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pada masa kini beliau telah dibawa ke Hospital Sg Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu pada 25 Disember 2020 (Jumaat) beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusannya ialah negatif.

Kata kenyataan itu lagi, keadaan Zahidi buat masa ini dalam keadaan yang stabil dan beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat