Jokowi individu pertama terima suntikan vaksin COVID-19 di Indonesia

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat,...

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di republik itu bagi meningkatkan keyakinan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan.

Majlis “Suntikan Perdana” di Istana Presiden di Bogor itu, disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden, hari ini.

Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada pukul 9.40 pagi waktu Indonesia barat, sebelum diikuti beberapa menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.

Proses vaksinasi itu akan diteruskan ke provinsi-provinsi lain secara serentak mulai esok, dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan, pemimpin setempat dan seterusnya, rakyat Indonesia.

Pada 11 Jan lepas, Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia (BPOM) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dari China bagi membolehkan proses suntikan vaksin di republik itu, bermula hari ini.

Pada 16 Dis lepas, Jokowi mengumumkan vaksin COVID-19 itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan dengan menyasarkan suntikan kepada 182 juta penduduk daripada jumlah penduduk Indonesia yang hampir 290 juta.

Suntikan tidak termasuk kanak-kanak dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan berisiko seperti ibu mengandung dan sebagainya.

Sebelum itu, pada 6 Dis lepas, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China dan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin diterima pada 31 Dis lepas, manakala 15 juta lagi vaksin diterima semalam.

Kerajaan Indonesia juga telah memeterai perjanjian membeli 426 juta lagi dos vaksin dari Astrazeneca, Pfizer dan Novovax.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Ingkar SOP: PDRM Bertindak Tegas, Tiada Lagi Budi Bicara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi...

Tun Salleh Abas Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit...

Gesa Presiden UMNO Undur, Helmi Sedia Berdepan Tindakan

KUALA LUMPUR – Sejurus lantang menasihatkan Presiden UMNO berundur secara terhormat, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Helmi Buang mempertahankan pendiriannya meskipun berdepan tindakan parti. Jelasnya,...