PDRM Siasat Kes Pelaburan Emas Babit Kerugian Lebih RM440,000

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tiga kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan jual beli emas membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM440,771.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata pelaburan yang menjanjikan pulangan antara 30 hingga 70 peratus itu dikendalikan seorang suspek wanita berumur 32 tahun yang telah ditahan pada Mac lepas.

Beliau berkata pelaburan berkenaan telah dikesan sejak Jun tahun lepas sehingga Ogos tahun ini dan sebanyak 15 laporan polis telah diterima.

“Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai memperdayakan mangsa dengan menawarkan peluang pelaburan jual beli emas dengan berjumpa mangsa bagi menyakinkannya untuk melabur.

Mangsa yang terpedaya akan membuat bayaran dengan memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bank antaranya dua akaun bank (bank tempatan) masing-masing dipunyai suspek dan seorang lagi wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainuddin berkata suspek juga mempunyai ejen untuk mempromosikan pelaburan jual beli emas berkenaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan tanpa sebarang dokumen sokongan, kenyataan dan menjanjikan pulangan lumayan,” katanya.

Beliau berkata pada 2 Mac lepas, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan di Mahkamah Seksyen Kajang, manakala dua kes lagi masih dalam siasatan,” katanya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dan mendapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti Semak Mule, Senarai Waspada Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum buat keputusan melabur,” katanya.

Beliau berkata PDRM sentiasa mengutamakan usaha menurunkan kadar jenayah khususnya bagi kes-kes penipuan yang berlaku selain penglibatan dan kerjasama masyarakat juga amat penting bagi sama-sama membanteras gejala jenayah daripada terus berleluasa.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Agensi Penguatkuasa Tidak Perlu Waran Periksa Sektor Perkilangan – Hamzah

KUALA LUMPUR - Agensi penguatkuasa tidak memerlukan sebarang waran bagi memeriksa dan menyerbu sektor perkilangan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan...

Pemalsuan Surat Pejabat Bendahari BN Wajar Disiasat – SU Akhbar

KUALA LUMPUR: Pemalsuan dokumen dan tandatangan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang tersebar di media sosial wajar disiasat dan diambil tindakan tegas oleh Polis...

“Tak boleh patah hujah kata cerita kartun”- Nazri bidas Zahid

KUALA LUMPUR - Serang menyerang hujah antara Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya...