“Lawan Kita Tidak Pernah Kuat, Kita Kalah Kerana Kita Lemah” – Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bercakap dalam majlis bersama Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah di PWTC malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin dan ahli UMNO mewujudkan solidariti dikalangan mereka bagi memperbaiki semua kelemahan yang membawa kepada kekalahan UMNO dalam PRU14.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri pimpinan utama UMNO Sabah antara lain seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Bin Alamin itu, Zahid menegaskan bahawa kekalahan UMNO dalam PRU14 bukan kerana parti lawan kuat tapi kerana UMNO lemah dan beliau mahu semua pihak dalam parti memperbaiki kelemahan-kelemahan itu.

“Perbezaan pendapat kita boleh raikan,jangan sampai (kerana) perbezaan pendapat menyebabkan timbul kabilah-kabilah dan berpuak puak”, kata beliau.

Tambahnya lagi, “Untuk Sabah, ketua kita ialah YB Datuk Seri Bung Moktar (Radin). Lupakan yang dahulu, ‘we have to move forward’.

Turut kelihatan dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Bin Hassan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu juga mahu pimpinan UMNO Sabah tidak melupakan rakyat dan terus berkhidmat untuk mereka agar dalam pilihanraya negeri yang akan datang, UMNO Sabah mampu mendapat majoriti yang lebih besar dari 16 kerusi (termasuk 2 secara lantikan) yang dimiliki sekarang.

Zahid turut berharap pertemuan malam tadi akan membawa berkat kepada UMNO untuk lebih maju jaya di masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat