Planetarium Negara anjur Muzik Kosomos ‘Malam Rintihan Cakerawala’ 12 Nov ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Planetarium Negara akan menganjurkan program tertutup Muzik Kosmos di Teater Angkasa, Planetarium Negara, dekat sini, pada Selasa jam 8 malam.

Menerusi kenyataan oleh Planterium Negara memaklumkan, Muzik Kosmos merupakan program yang dirangka di bawah Inisiatif Seni Angkasa bagi menarik minat masyarakat terhadap bidang Astronomi secara khusus dengan menjadikan seni kreatif sebagai medium penyampaian maklumat.

Menurutnya, Muzik Kosomos dilaksanakan dengan penglibatan golongan seni melalui penghasilan karya seperti muzik, puisi dan syair untuk memberi kefahaman tentang Astronomi kepada masyarakat.

“Bertemakan ‘Malam Rintihan Cakerawala’, persembahan muzik, puisi, dikir barat, syair dan gurindam akan dilaksanakan bagi menghidupkan malam tersebut.

“Mesej berkaitan keindahan angkasa, penciptaan teknologi dan kerosakan Bumi disampaikan melalui persembahan karya kreatif yang lebih santai,”kata kenyataan itu di sini.

Menurutnya lagi, persembahan pada malam ini juga bertujuan untuk mempopularkan semula dikir barat, puisi dan gurindam tradisional di kalangan generasi muda.

“Keunikan serata kehalusan dalam bait-bait kata yang bersifat imaginatif menjadi medium dalam penyampaian ilmu astronomi kepada masyarakat, ”katanya.

“Muzik iringan dalam persembahan akan dikompos dan digubah oleh penggiat muzik tempatan. Bunyi-bunyi objek Astronomi disusun semula mengikut nod muzik baru untuk menghasilkan satu muzik kontemporari yang bersesuaian dalam program ini.

“Program ini akan dihadiri oleh 300 peserta secara fizikal dan 2,000 penyertaan secara penstriman langsung di dalam media sosial rasmi Planetarium Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),”katanya lagi.

“Seramai 190 peserta jemputan khas dari pelajar-pelajar aliran seni turut hadir bagi memberi pendedahan kepada mereka untuk berkarya dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) pada masa akan datang.

“Antaranya, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Muzik, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Bandar Tun Razak, dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Cacat Penglihatan, Setapak.

Tambahnys, tetamu dijangka hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan & Pembudayaan Sains MOSTI, Ruziah Hj. Shafei, dan Pengarah Planetarium Negara, Hj. Shahruddin Yusof.

“Program tertutup ini dianjurkan dengan kerjasama DBP, UiTM dan USM turut menampilkan, Sasterawan Negara (SN), Dato’ Zurinah Hassan, Pemuzik Kimal Margasatwa, dan artis Roslan Madun, ”tambah kenyataan itu lagi – SUARA.TV

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat