Urusan permohonan kewarganegaraan tidak boleh dibuat secara dalam talian

KUALA LUMPUR: Urusan permohonan kewarganegaraan tidak boleh dibuat secara dalam talian walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, selaras dengan ketetapan kaedah kewarganegaraan (Citizenship 1964), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin.

Beliau berkata pemohon dikehendaki hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengemukakan permohonan seterusnya menandatangani borang permohonan di hadapan Pendaftar Warganegara.

“Sebelum hadir ke pejabat JPN, pemohon hendaklah memenuhi keperluan permohonanan janji temu JPN dan meneliti syarat dokumen permohonan bagi membolehkan urusan dibuat dengan lancar dan teratur di pihak pemohon dan petugas JPN di samping pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (berkaitan wabak COVID-19),” katanya dalam ucapan sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada usul Charles Anthony Santiago (PH-Klang) sama ada Kementerian Dalam Negeri bercadang menggunakan proses permohonan kewarganegaraan secara dalam talian susulan penularan wabak COVID-19.

Jonathan berkata kementerian juga melaksanakan tindakan segera ke atas semua permohonan kewarganegaraan termasuk permohonan yang diterima JPN sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac lepas.

“Selain itu, urusan semakan status permohonan masih berjalan seperti biasa sama ada melalui panggilan telefon atau e-mel,” katanya.

Mengenai SOP permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang ditambah baik, Jonathan berkata ia telah dilaksanakan dengan tempoh pemprosesan yang lebih singkat bagi permohonan lengkap yang diterima mulai 2020.

“Bagi permohonan kewarganegaraan di bawah perkara lain dalam Perlembagaan Persekutuan, fakta dan dokumen sokongan yang dikemukakan setiap pemohon akan diteliti ‘case by case’ mengikut giliran sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan,” katanya.

-BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...