Pahang Tolak Baki Penganjuran Perlawanan Piala Malaysia

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang monolak permohonan daripada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengadakan baki perlawanan suku akhir Piala Malaysia di negeri tersebut.

Menteri Besar Pahang, Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail bekata, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri mengenai permohonan MFL mengadakan perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Pahang.

“Keputusan ini juga selari dengan pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob petang semalam, menolak permohonan MFL kepadanya mengenai perkara yang sama.

“Kerajaan Negeri berpendapat, sungguhpun Pahang berada dalam Zon Hijau tetapi usaha pembendungan penularan wabak ini perlu terus dilakukan dan penganjuran perlawanan bolasepak tersebut mungkin boleh menjejaskannya,” tegas Wan Rosdy melalui kenyataan media di laman facebooknya.

Didalam kenyataan media itu juga, Wan Rosdy berharap semua pihak khususnya MFL, dapat menerima keputusan Kerajaan Negeri ini yang dibuat demi menjagai dan memelihara kesihatan awam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat