Hero guna ‘bahasa tangan’

Tiada unsur pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor – Ayob Khan

KLUANG: Susulan aduan orang awam yang mendakwa Hutan Simpan Lenggor, Kahang, dekat sini, disyaki diceroboh untuk kegiatan pembalakan haram, polis Johor mengadakan operasi khas...

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu melalui sidang video 28 Nov ini

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2020 akan dilaksanakan melalui sidang video pada Sabtu ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Beliau berkata persidangan...

Bekalan air di 27 kawasan di Kuala Langat, Sepang kembali pulih

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama telah siap dilaksanakan pada...

MEDAC bantu usahawan PKS menerusi platform e-dagang – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memperkasakan perniagaan mereka melalui platform e-dagang. Menterinya Datuk...

KPN letak kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat untuk luluskan Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador meletakkan kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat agar Belanjawan 2021 dapat diluluskan bagi memperkasakan sektor...

BARU-BARU ini, memperlihatkan filem tempatan kembali rancak dan berjaya mencipta fenomena dengan meraih kutipan memberangsangkan meskipun menonton dalam suasana norma baharu.

Rentetan kejayaan terbabit, membuktikan penonton sentiasa inginkan filem yang segar dan menghiburkan.

Bersempena Deepavali, Astro Shaw membawakan buat pertama kali sebuah filem Tamil berjudul Athigaari terus ke pawagam rumah anda di Astro First.

Menemui penonton mulai semalam di saluran 480, filem bergenre suspen ‘thriller’ ini memaparkan kisah siasatan seorang polis dalam menjejaki pembunuh misteri.

Sepanjang 2 jam 9 minit, penonton bakal menikmati emosi berbeza menerusi babak aksi, suspen, komedi, romantik dan menyentuh perasaan.

Malah, melengkapkan lagi jalan cerita, turut diselitkan babak nyanyian dan menari.

Setiap susunan filem ini mendapat sentuhan hebat oleh pengarah Kabilan Plondran yang juga Pengarah Terbaik menerusi filem Jhangri di Anugerah Tamil Kalainyar 2018.

Sementara itu, mutu lakonan setiap pelakon pula sudah mendapat khidmat tunjuk ajar daripada guru lakonan dikenali, Fared Ayam atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin.

Nama Fared tidak asing dalam industri seni di mana dia juga adalah guru lakonan untuk pelakon filem Polis Evo 2 dan turut aktif dalam pengarahan serta lakonan teater.

Setiap watak sudah digerakkan dengan baik oleh barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Bala Ganapathi William, Karnan Kanapathy, Nanthini Ganasen, Sasikumar Kandasamy, Sri Kumaran Munusamy, Thilaag Nair, Akshara Nair, Vishalini Siva, Kuben Mahadevan, Pramilla, Saha, Havoc Jega dan Khirthy.

 

CERITA penuh emosi.
CERITA penuh emosi.

 

Kata penerbitnya, Nanthini Ganasen, filem Athigaari ini sepatutnya dijadualkan tayangan pada Mac lalu namun terpaksa ditunda ekoran pandemik Covid-19.

“Filem ini pada mulanya dirancang untuk tayangan di pawagam pada Mac lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 ia terpaksa ditunda. Tetapi, kini filem Athigaari akhirnya menemui penonton dan lebih istimewa ketika sambutan Deepavali.

“Filem ini sesuai untuk tontonan semua peringkat usia dan tidak hanya untuk peminat filem Tamil, tetapi buat semua penonton berbilang bangsa. Selain itu, antara kelainan dalam filem ini adalah watak utama membawakan karakter yang menggunakan bahasa isyarat tangan sebagai salah satu medium berkomunikasi.

“Jadi, kami berharap dengan kehadiran filem Athigaari, ia mampu mengisi masa lapang penonton serta menceriakan lagi Deepavali anda dengan berhibur menerusi jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar. Bagi kami, sokongan penonton terhadap filem sebegini amat penting dalam usaha memastikan filem Tamil terus ‘bernafas’,” katanya.

 

AKSI tegang dalam Athigaari.
AKSI tegang dalam Athigaari.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang kepada semua penerbit filem Malaysia dan yakin filem Tamil mempunyai kekuatan sendiri.

“Dalam usaha membuka ruang buat barisan penerbit filem Malaysia untuk tampilkan produk mereka seni kepada penonton dalam gaya tontonan norma baharu ini. Astro Shaw tidak hanya tertumpu kepada filem Melayu, malah kami amat terbuka dan memberi sokongan padu kepada semua hasil karya tempatan.

“Bersempena Deepavali ini, Astro Shaw terus melangkah ke hadapan dengan buat kali pertamanya membawakan filem Tamil tempatan terus ke pawagam rumah anda, Astro First. Kami percaya filem Tamil mempunyai peminat tersendiri, ditambah jika sesebuah filem itu bagus ia pasti mampu menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikannya.

“Seperti filem Athigaari, ia mempunyai jalan cerita yang menarik dengan gabungan elemen pelbagai dan kami merasakan karya ini mampu berdiri setanding filem terbaik tempatan yang lain.

“Kami harap dengan membawakan filem ini ke Astro First, ia mampu menjadi permulaan yang baik dalam memperluaskan lagi filem Tamil kepada peminat seni, sekali.gus merancakkan lagi industri perfileman tanah air.,” ujarnya.

Athigaari mengisahkan mengenai seorang anggota polis yang mengambil alih kes pegawai yang mati dibunuh.

Dia percaya pembunuh terbabit mempunyai kaitan dengan kes terdahulu.

Dengan bantuan anak mangsa, dia menjejak setiap langkah pembunuh itu sehingga membawanya kepada rancangan besar yang bakal dilakukan pembunuh terbabit.

Selain melanggan Astro First, filem Athigaari ini juga boleh ditonton secara strim di Astro Go atau On Demand.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda

Buat anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian terutamaya bisnes, mungkin agak pening kepala untuk memilih puluhan model menarik yang ada di...

Samsung Galaxy Note 20 Ultra, ‘Raja’ Telefon Pintar Android Bagi Tahun 2020

Mulai dilancarkan pada Ogos lalu sebagai telefon pintar terbaik pernah dihasilkan Samsung iaitu Galaxy Note 20 Ultra sehingga kini masih lagi menjadi rebutan peminat...

Kak Kek ‘panas’ dengan netizen

KUALA LUMPUR: Pelakon, Catriona Ross 'panas' hati dengan sesetengah pihak termasuklah netizen apabila mengecam golongan selebriti tanpa ada perasaan. Rasa terkilan dan kecewa diluahkan pelakon...