Langkah seni kian matang

- Advertisement -

WALAUPUN tahun ini industri hiburan antara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19, namun kehidupan perlu diteruskan.

Tidak menafikan, bidang nyanyian sangat terkesan kerana banyak persembahan pentas dibatalkan, namun kumpulan Floor 88 tetap optimis dan lebih kreatif.

Mereka bersyukur masih mampu ‘bernafas lega’ kerana aktif dengan pelbagai aktiviti. Kuncinya adalah teruskan usaha biarpun berhadapan kekangan.

Floor 88 dianggotai Ayie Elham selaku penyanyi dan dilengkapkan dengan gabungan Eric Fuzi (keybord), Achoi (gitar utama), Falique (bass), Amir (gitar kedua) dan Akram (dram).

Ditubuhkan pada 2007, namun betul-betul menyerlah di arena muzik tanah air sekitar 2017. Dan kini Floor 88 kian matang mengatur langkah seni mereka.

Mengulas perancangan Floor 88 , Eric berkata, mereka turut melebarkan bakat pada cabang seni lain seperti lakonan selain sentiasa memastikan aktif di media sosial.

“Ketika krisis Covid-19 melanda negara sekarang, keselamatan adalah paling utama. Namun, kestabilan kerjaya juga perlu diambil kira bagi memastikan sumber kewangan tetap ada. Sama ada hidup bujang atau berkeluarga, kita semua terikat dengan komitmen bulanan masing-masing,”‘ katanya.

Jadi untuk memastikan Floor 88 sentiasa ada aktiviti, Eric berkata, mereka turut menghasilkan ‘content’ video untuk dimuat naik ke saluran YouTube.

 

FLOOR 88 serlah bakat pada cabang seni lain seperti lakonan selain sentiasa aktif di media sosial.
FLOOR 88 serlah bakat pada cabang seni lain seperti lakonan selain sentiasa aktif di media sosial.

 

“Selain itu, kami juga terbabit dengan penerbitan karya sulung lakonan anggota Floor 88 berjudul Hutang 2D yang bakal ditayangkan di Astro First pada awal tahun depan.

“Kami sangat bersyukur Floor 88 mampu bertahan dalam perjuangan muzik kami sehingga kini. Malah, kami juga baharu melancarkan lagu berjudul Chikadun,” katanya.

Memaklumkan anggota Floor 88 juga menceburi perniagaan untuk masa depan, Eric berkata, Ayie sudah ada restoran, manakala dia bersama rakan lain bercadang berniaga di medan selera.

Katanya, semua urusan masih dalam perancangan teliti berikutan negara masih melaksakan Perintah Kawalan Pergerekan Bersyarat (PKPB) untuk mengekang penularan Covid-19.

Pertaruh lagu Chikadun

Selepas popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan Yang Benar, Floor 88 kini muncul dengan karya baharu berjudul Chikadun.

Menurut Eric, lagu itu berkaitan mesej menjauhi dadah.

“Pada awal tahun ini, Floor 88 dilantik sebagai ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan kami diminta menghasilkan satu lagu tema yang bersesuaian. Jadi, Achoi dapat ilham untuk menghasilkan lagu Chikadun. Memandangkan lagu ini ada banyak mesej positif, kami nekad melancarkannya sebagai single terbaharu Floor 88. Lagipun sebagai ikon AADK menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat kepada golongan muda supaya menjauhi dadah,” katanya.

Mengharapkan lagu Chikadun mendapat sambutan baik pendengar, Eric yakin dengan rezeki lagu itu, Cuma strategi promosi perlu diatur sebaik-baiknya.

Eric yang mewakili anggota Floor 88 turut mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana banyak memberi sokongan dan sentiasa menerima baik karya baharu kumpulan itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat