Perdana Menteri menerima kunjungan calon Presiden Indonesia 2024

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kujungan hormat salah seorang calon Presiden Indonesia dalam Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024, Anies Rasyid Baswedan di Putrajaya.

Menurut laman Facebook Perdana Menteri, mantan Gabenor Jakarta Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia itu sedang dalam lawatan ke Malaysia atas atas jemputan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) serta Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Dalam pertemuan ini, kami sempat bicara pelbagai isu antaranya melibatkan Malaysia dan Indonesia. Kami juga senada bahawa wujud keperluan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara meliputi pelbagai kerjasama,” kongsi Anwar di akaun media sosial beliau.

“Saya turut berkongsi kisah mengenai kewibawaan Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini.”

Anies merupakan salah seorang calon Presiden Indonesia bagi Pilpres 2024 selain Ganjar Pranowo dan Prabowo Subianto.

Setakat ini Anies dilihat calon ‘underdog’ menentang Probowo yang mendapat dokongan kem Presiden Jokowi dan Ganjar yang disokong oleh kem Megawati Sukarno. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat