Ahli Parlimen Kuala Kangsar sokong PM, tetapi tetap setia dengan parti

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa hari ini.

Namun katanya, beliau tetap setia kepada partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Jelasnya lagi, langkah menyokong Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan bagi meringankan beban yang dihadapi penduduk di kawasan undinya berhubung peningkatan kos sara hidup.

“Saya tidak akan sekali-kali mengkhianati parti saya Bersatu dalam apa jua keadaan. Saya menjunjung prinsip kesetiaan dan kesetiaan kepada parti,

“Walaupun berdepan risiko tindakan tatatertib parti, beliau tidak tahan lagi melihat kawasan undinya ketinggalan dan terabai hanya kerana perbezaan politik.

“Oleh itu, saya membuat keputusan ini bagi menyokong inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat