PM Patut Salahkan Umno Bukan Saya Dan PN Kata Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada beliau dan ahli-ahli Kabinet susulan ketidakharmonian politik dalam kerajaan.

Sebaliknya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan beliau dan 12 menteri PN lain yang mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin menegaskan Umno sepatutnya bertanggungjawab ekoran pembubaran Parlimen dan ketidakharmonian politik dalam Kabinet.

“Ia sangat tidak bertanggungjawab bagi Perdana Menteri meletakkan kesalahan kepada saya ataupun ahli-ahli Kabinet untuk apa yang terjadi sekarang.

“Ini kerana mereka sedang berdepan dengan serangan yang serius dan kemarahan daripada orang awam dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Mengapa pilihan raya ini diadakan sekarang di tengah-tengah banjir,” katanya lapor Astro Awani di Kota Kinabalu malam tadi.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Bersatu turut memaklumkan bahawa terdapat perjanjian antara beliau dan Ismail Sabri yang antaranya perlu ada perbincangan dengan pemimpin PN jika mahu membubarkan Parlimen.

“Kenapa kita minta begitu kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan. Adakah ia adil? Ia tidak adil.

“Jadi bila semua orang serang dia, dia kata ini Muhyiddin punya salah, ini menteri punya salah. Anda (Umno) kena salahkan diri sendiri.

Tambah Muhyiddin, PN tidak mempertikaikan pembubaran Parlimen kerana telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Namun, tegas beliau, apa yang dilaungkan PN ialah perkara itu (pembubaran) perlu ditangguhkan ekoran risiko banjir.

Pada Selasa, Ismail Sabri mendedahkan keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru, Perdana Menteri menegaskan, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, tindakan Muhyiddin mengisytiharkan musuh utama PN adalah Barisan Nasional (BN) telah mengundang bibit-bibit perpecahan, sedangkan partinya turut menganggotai kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat