Shahanim Sumbang Insurans Bernilai RM100,000 kepada 100 Penghantar Makanan

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Seramai seratus (100) orang penghantar makanan menerima sumbangan berbentuk perlindungan insurans bernilai RM100,000 yang ditaja sepenuhnya oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Menurutnya inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.

“Sumbangan ini adalah sebagai persediaan untuk setiap penghantar makanan menghadapi perkara yang tidak diingini seperti terlibat dalam sebuah kemalangan pada masa yang akan datang.

“Perlindungan ini amat penting kepada penghantar makanan yang terdedah kepada risiko kemalangan jalanraya,” katanya.

Menurutnya sumbangan tersebut bertujuan untuk memastikan para penghantar makanan di Sungai Petani mendapat perlindungan insuran.

“Daripada memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit, lebih baik jikalau sumbangan ini diberikan dalam bentuk perlindungan insurans”.

“Sumbangan ini bukan sekadar memberikan perlindungan semata-mata, tetapi bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penghantar makanan akan kepentingan memiliki perlindungan insurans untuk menjamin kehidupan yang lebih baik”, ujarnya lagi

Sumbangan ini disampaikan sewaktu sesi beramah mesra bersama penghantar makanan di sekitar Sungai Petani, Kedah sebentar tadi.

Sesi beramah mesra tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus KWSP Cawangan Sungai Petani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat