Suri rumah ‘poket kencang’

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok. Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik...

Korea Selatan Teruskan Rancangan Vaksin Selesema, Walaupun 25 Mati

SEOUL: Pegawai Korea Selatan hari ini menolak untuk menggantung usaha vaksin inokulasi influenza bermusim, walaupun ada permintaan untuk menghentikannya, termasuk rayuan dari sekumpulan doktor...

KP Kesihatan Jadi Superhero Animasi

PUTRAJAYA – Individu kesayangan rakyat Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah kini diangkat sebagai salah seorang ‘adiwira’ dalam siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy. Jangan silap...

COVID-19: Kes Harian Sebenar Sabah Diketahui Selepas 6,653 Ujian Tertunggak Selesai

KOTA KINABALU - Jumlah sebenar kes harian COVID-19 di negeri ini hanya akan diketahui selepas 6,653 ujian tertunggak diketahui keputusannya, kata Menteri Perumahan dan...

Kuala Lumpur: Lazimnya wanita yang bergelar suri rumah lebih sibuk menguruskan keluarga serta menyediakan keperluan harian suami dan anak.

Namun, ada segelintir daripada mereka yang meraih pendapatan hingga lima angka sebulan hanya berbekalkan kemahiran dan keberanian menjadi Youtuber selain usahawan dalam talian.

Ikuti kisah dua wanita yang kini hidup senang dengan hanya bergelar suri rumah.

KISAH 1

Pengorbanan ibu dua anak, Nur Hidayatul Akma Sazli, 30, untuk meletak jawatan sebagai jurutera petroleum demi menjadi suri rumah sepenuh masa tidak sia-sia selepas meraih pendapatan sehingga lima angka sebulan hanya dengan bergelar Youtuber.

Bermula dengan suka-suka, Nur Hidayatul menggunakan kemahiran untuk berkongsi pelbagai resipi dan cara memasak di platform YouTube miliknya yang diberi nama Limau Nipis.

Kejayaan mengumpul 100,000 pengikut pada September tahun lalu melayakkannya menerima anugerah Silver Play Button dari YouTube dan kini salurannya terus mendapat perhatian apabila sudah mengumpul 301,000 pengikut.

 

NUR Hidayatul berkongsi pelbagai resipi dan cara memasak di laman YouTube miliknya, Limau Nipis.
NUR Hidayatul berkongsi pelbagai resipi dan cara memasak di laman YouTube miliknya, Limau Nipis.

 

Di sebalik kejayaan itu, Nur Hidayatul mengakui tidak mudah untuk sampai ke tahapnya sekarang.

“Berat untuk saya membuat keputusan itu (meletak jawatan) kerana sudah dua tahun bekerja di syarikat berkenaan dan mempunyai pendapatan tetap.

“Namun masa bekerja agak sibuk dan ada kalanya, saya perlu berada di pejabat sehingga lewat malam untuk menyiapkan tugasan terutama apabila ada projek perlu disiapkan dengan cepat.

“Memikirkan status diri berkeluarga dan anak masih kecil, saya nekad berhenti kerja pada Jun 2014. Lagipun bidang minyak dan gas pada waktu itu agak tidak stabil, jadi biarlah suami sahaja bekerja dan saya jadi suri rumah sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, di sini.

Menurutnya, niat awalnya mengaktifkan saluran YouTube untuk dijadikan platform pemasaran kerana bercadang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Namun rezeki berpihak kepadanya selepas video memasak dimuat naiknya dengan tujuan suka-suka meraih tontonan ramai hingga mendorongnya untuk terus aktif sebagai Youtuber.

“Video pertama dimuat naik Mac 2016 mengenai perkongsian resipi dan cara menghasilkan sup ayam.

 

LEELAVATHY kini bergelar stokis produk minyak urut.
LEELAVATHY kini bergelar stokis produk minyak urut.

 

“Selepas memuat naik video itu, saya tidak buka akaun YouTube. Enam bulan kemudian, saya buka semula akaun dan dapati video sulung dimuat naik itu sudah meraih ratusan tontonan.

“Sejak itu, saya terus muat naik video dengan konsisten pada setiap minggu dan selepas setahun, barulah saya dapat menjana pendapatan daripada YouTube,” katanya.

Menceritakan rutinnya sebagai Youtuber, Nur Hidayatul berkata, rakaman video dilakukan pada hujung minggu dengan dibantu suaminya, Ahmad Muzzakir Mohamad, 31, yang bertindak sebagai juruvideo.

Katanya, suntingan video dilakukannya sendiri sebelum rakaman penuh dimuat naik di saluran YouTube.

“Kebiasaannya suami membantu ambil video dan mengendalikan lampu sewaktu rakaman manakala saya hanya memasak serta membuat suntingan.

“Namun, sejak kebelakangan ini, suami sibuk jadi saya rakam video sendiri.

“Cabaran utamanya menguruskan anak terutama yang bongsu kerana perlu memastikan dia tidur dahulu barulah boleh mulakan rakaman. Jika tidak, suami perlu bantu urus ketika merakam video saya,” katanya.

Wanita kelahiran Kulim, Kedah itu berkata, sehingga kini, dia memuat naik lebih 300 video dirakam dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris.

Nur Hidayatul berkata, dia banyak menerima komen positif pengikutnya yang lebih menjurus kepada teknik masakannya.

“Menerusi komen mereka, saya cuba perbaiki lagi masakan,” katanya yang mahir dalam masakan tradisional Melayu dan Thailand.

Nur Hidayatul bersyukur kerana mampu meraih pendapatan antara RM8,000 hingga RM15,000 sebulan dengan menjadi Youtuber.

“Bagi wanita terutama suri rumah di luar sana yang berhasrat menjadi Youtuber, teruskan sahaja,” katanya.

KISAH 2

Ibu dua anak, P Leelavathy pernah meraih pendapatan bulanan sebanyak RM7,000 ketika bekerja sebagai pegawai pengurusan kredit di sebuah bank di ibu kota.

Namun, wanita itu mengambil keputusan meletak jawatan pada 2013 selepas melahirkan anak sulungnya, M Varrun yang kini berusia tujuh tahun.

Biarpun keputusannya itu dipertikaikan segelintir rakan dan saudara-mara, Leelavathy tidak ambil pusing sebaliknya terus fokus menjadi suri rumah.

Berbekalkan minat, Leelavathy berusaha menjana pendapatan dengan menjadi ejen pesan hantar pelbagai jenis produk.

Percubaannya ternyata berhasil dan kini dia bergelar stokis produk minyak urut dengan pendapatan bulanan mencecah RM20,000.

Berkongsi pengalamannya, Leelavathy yang menetap di Masai, Pasir Gudang, Johor mengakui pernah rasa menyesal berhenti kerja.

“Namun, saya ketepikan perasaan itu kerana mahu jaga anak sendiri dan enggan menyusahkan ibu kerana pada awalnya dia yang banyak membantu hingga terpaksa menutup kedai bunga diusahakannya selama dua bulan.

“Bagi memanfaatkan masa di rumah, saya cuba menjadi ejen pesan hantar pelbagai jenis produk walaupun upah diterima hanyalah serendah RM5 sahaja.

“Upah itu disimpan dan digunakan mengambil bekalan produk dalam kuantiti lebih banyak. Bermula sebagai ejen biasa akhirnya saya jadi stokis dengan pendapatan bulanan sehingga RM20,000,” katanya.

Berkongsi rutin hariannya, Leelavathy berkata, waktu pagi diperuntukkan untuk menguruskan keluarga manakala sebelah petang digunakan bagi menyelesaikan urusan pembungkusan barangan yang dipesan oleh pelanggan.

Menurutnya, dia tidak menyangka mampu meraih pendapatan mencecah lima angka, tetapi pencapaian itu mendorongnya untuk berusaha lebih keras.

Katanya, selain meringankan beban suami dan keluarga, matlamatnya lebih besar iaitu mahu membantu lebih ramai suri rumah untuk berjaya.

“Buat masa ini, saya ada lebih 150 ejen di seluruh negara dan saya gembira selepas melihat perubahan hidup mereka iaitu daripada suri rumah yang hanya bergantung kepada suami, tetapi kini sudah mampu menjana pendapatan sendiri.

“Saya turut gunakan pendapatan bagi membantu anak yatim dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Chacha Maembong Lapor Polis, Nafi Terbabit Sindiket Pelacuran

KUALA LUMPUR - Pelakon, Chacha Maembong membuat laporan di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan ekoran dakwaan mengaitkan dirinya terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan...

Jam Tangan Mewah Supreme x Jacob & Co Akan Dijual Esok Pada Harga RM58,000

Seperti biasa Supreme akan menjual koleksi terbaru mereka setiap Khamis. Cuma untuk keluaran esok, satu item yang sangat luar biasa akan dijual pada harga...

Awie, Ella jayakan konsert ‘hijau’ dalam talian

KUALA LUMPUR: Dalam aktif berkarya, nama-nama besar industri muzik tidak pernah gagal melahirkan sokongan terhadap perjuangan menjaga alam sekitar. Terbaru, melalui Konsert Hijau Virtual IGEM,...