K-Clique calon Anugerah Muzik Eropah MTV 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penangan dan pengaruh kumpulan hip hop popular, K-Clique cukup hebat, biarpun masih hijau dalam arena seni tanah air.

Baru saja memasuki tahun kedua, kumpulan yang dianggotai Tuju, Somean, Noki, MK, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas, kini bagaikan bermimpi saat tersangkut dalam pencalonan dalam dua anugerah berprestij.

K-Clique dipilih dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang akan berlangsung di Sweden pada 8 November ini. Seterusnya, kumpulan berkenaan berada dalam pencalonan top 20 dalam Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-33 (ABHBH 33) menerusi kategori Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular.

Anggota K-Clique, Tuju atau Azree Zamree berkata, mereka terkesima apabila menembusi dua pencalonan anugerah berprestij berkenaan.

Menerusi MTV EMA 2020, K-Clique berentap dengan penyanyi hebat seperti Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

“Sudah tentu, keinginan K-Clique memahat nama di peringkat antarabangsa.

“Setakat ini, K-Clique masih menunggu kata putus daripada pihak penganjur sama ada terbang ke Sweden atau hanya menerusi dalam talian. Dengan situasi semasa pandemik COVID-19, kami akur ada banyak batasan dalam pelbagai sudut,” katanya kepada BH Online.

 

Kumpulan hip hop, K-Clique dipilih menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 yang akan berlangsung di Sweden pada 8 November ini. - Foto K-Clique
Kumpulan hip hop, K-Clique dipilih menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 yang akan berlangsung di Sweden pada 8 November ini. – Foto K-Clique

 

Tuju berkata, K-Clique juga terkejut saat menerima berita menembusi pencalonan dalam ABPBH 33.

“Kami memanjat kesyukuran kerana kali pertama berada dalam pencalonan awal ABPBH 33. Insya-Allah, semestinya pencalonan ini menjadi penyuntik semangat untuk K-Clique terus berkarya dengan lebih cemerlang.

“Video muzik single kami berjudul Pulang pun baru dilancarkan dan menjadi ‘trending’ dalam laman YouTube. Moga perjalanan K-Clique terus didatangi tuah dan kecemerlangan,” katanya.

Mengulas mengenai kelompok peminat yang dilihat cukup kuat, Tuju hanya mampu tersenyum bangga.

Bagaimanapun, Tuju memaklumkan K-Clique masih belum mempunyai kelab peminat rasmi.

“Setakat ini, ada beberapa peminat yang utuh menyokong apa kami lakukan. Contohnya, 302 Famz, K-Clique Fam dan saya sendiri ada disokong Tuju Gangz.

“Ikutkan memang banyak peminat yang menyokong kami. Namun, aliran dan visi mereka tetap sama,” katanya

Sebelum ini, penyanyi rap, Joe Flizzow mencipta sejarah menjadi penyanyi pertama dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat