Chrissy Teigen kini lebih kuat

- Advertisement -
Agensi

SELEPAS hampir dua minggu mengalami keguguran dan menyepi dari media sosial, pengacara yang juga isteri kepada penyanyi John Legend, Chrissy Teigen kembali di Instagram.

Kemunculannya dilihat selepas dia menulis komen di akaun Instagram perkongsian lucu sebuah media antarabangsa.

“Akhirnya. Ada yang buat saya ketawa. Terima kasih,” tulisnya di ruangan komen.

Melihat kehadirannya itu, ramai netizen yang memberi respon kepada komennya dan mengucapkan ucapan selamat serta doa kepadanya.

Chrissy dan John kehilangan cahaya mata ketiga mereka yang masih dalam kandungan pada 30 September lalu, sebulan selepas mereka mengumumkan mengenai jantina bayi lelaki itu.

Menamakan bayi itu sebagai Jack, Chrissy sempat berkongsi mengenai keguguran itu di Instagram sebelum berehat hampir dua minggu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat