Semua Perkhidmatan Kerajaan Beroperasi Seperti Biasa Semasa PKPB – KSN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Semua perkhidmatan kerajaan tetap beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan penjawat awam perlu mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi atas talian perlu diberi keutamaan bagi meminimakan perkhidmatan secara bersemuka.

Katanya, ini termasuk perkhidmatan kaunter dan sebarang aktiviti mesyuarat perlu selari dengan amalan penjarakan fizikal mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Setiap Ketua Jabatan dikehendaki untuk mematuhi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 2 Mei lalu.

“Ketua Jabatan juga hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan sewajarnya dalam perkara ini di samping memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak termasuk peningkatan mendadak kes positif di Sabah. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat