Anwar tidak miliki saham syarikat di Bursa Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Presiden PKR itu menegaskan, berita yang mengaitkan nama beliau dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu pembeli saham.

“Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang mengaitkan nama saya dengan kaunter tertentu di Bursa Malaysia.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu pembeli saham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hal demikian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat