Cita Citata mahu lelaki bujang, pintar dan berbintang Libra

- Advertisement -

GARA-gara memuat naik hantaran mengenai lelaki idamannya di Instagram, penyanyi popular Indonesia, Cita Citata dikecam netizen dan dikatakan terdesak mencari pasangan selepas putus cinta dengan Roy Geurts, Julai lalu.

Berserta dengan beberapa emoji, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini itu memuat naik status; ‘Sedang mencari lelaki Libra, umur di atas 28 hingga 35 tahun, bujang dan pintar’.

Mungkin kerana terkesan dengan kata-kata melampau daripada netizen, Cita kemudiannya memuat naik satu lagi hantaran di Instagram supaya mereka tidak terlalu memandang semua perkara sebagai sesuatu yang serius.

“Wahai warganet yang budiman. Mohon kalau komentar, tahan nafas dan buang perlahan. Ringankan otot dan fikiran biar hidup makin bahagia. Janganlah semua kapsyen dianggap terlalu serius. Tak boleh bergurau?” yang disertakan dengan emoji lucu.

Cita sebelum ini menjalin hubungan serius dengan Roy pada 14 Ogos tahun lalu dan dilamar pada awal tahun ini. Mereka kemudiannya merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam tahun ini, namun tarikh perkahwinan mereka ditunda dan akhirnya disahkan berpisah.

Kini, Cita sedang berhubungan rapat dengan selebriti yang juga ahli perniagaan, Jordi Onsu dan lebih menguatkan lagi gosip hubungan mereka apabila Cita hadir bersama Jordi di majlis ulang tahun kelahiran kakak ipar Jordi, Sarwendah pada penghujung Ogos lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat