Xiaomi Mi 10T Dan Mi 10T Pro Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1699

- Advertisement -

Xiaomi Malaysia baru sahaja mengumumkan peranti pertengahan premium iaitu Xiaomi Mi 10T 5G dan Mi 10T Pro 5G. Kedua-dua paeranti ini hadir dengan paparan IPS LCD FHD+ bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran 144Hz. Mereka dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 dengan bateri 5000mAh serta sokongan untuk pengecasan pantas 33W.

Versi Pro mempunyai kamera utama dengan sensor 108MP sementara versi Standard mempunyai kamera utama 64MP. Kedua-duanya peranti turut dipadankan dengan 13MP kamera sudut lebar, 5MP kamera makro dan 20MP kamera selfie tunggal.

Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Mi 10T Pro 5G tersedia dalam konfigurasi 8GB RAM + 256GB storan dengan harga jualan RM1999 manakala Mi 10T 5G hadir dengan konfigurasi 8GB RAM + 128GB yang akan dijual pada harga RM1699.

Pembeli yang berminat boleh mendapatkannya di Lazada dengan pilihan warna Cosmic Black, Lunar Silver, dan Aurora Blue mulai 9 Oktober untuk model Pro manakala versi standard akan dijual bermula 23 Oktober.

Mesramobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat