Tiada Ahli Parlimen UMNO Sokong Anwar – Nazri Aziz

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafi dakwaan ada Ahli Parlimen UMNO menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Nazri berkata, tidak ada mana-mana ahli parlimen UMNO memberi sokongan kepada Anwar seperti yang didakwa oleh Anwar.

“Saya sudah hubungi semua ahli parlimen UMNO yang tidak berada dalam kerajaan termasuk Zahid, tidak ada seorang pun yang mengaku memberi sokongan kepada Anwar,” katanya kepada Suara TV.

Nazri menjelaskan, kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang tidak akan menyekat sekirangnya ada ahli parlimen parti itu untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak, tidak bermakna mereka menyokong Anwar.

“Kami (ahli-ahli parlimen UMNO) buat keputusan secara bersama dan tidak akan bertindak atas kapasiti peribadi.

“Saya perlu jelaskan perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan tentang pendirian ahli parlimen UMNO dalam isu ini,” katanya lagi.

Semalam, sebuah portal mendakwa terdapat ketegangan dikalangan ahli-ahli parlimen UMNO dalam isu memberi sokongan kepada Anwar.

Laporan portal itu berdasarkan kenyataan tiga ahli parlimen UMNO yang mendakwa, ahli Parlimen parti itu berpecah kepada tiga kumpulan iaitu mereka yang menyokong Anwar, menentang dan atas pagar yang belum membuat keputusan.

Baru-baru ini, Anwar mendakwa mendapat sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada ahli parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau juga mendakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat