Pemaju Kampung Sg Baru kena tunggu sampai orang Melayu mampu beli produk selepas dibangunkan – Johari Ghani

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Abdul Ghani menganggap pemaju Kampung Sungai Baru sebagai tidak bertanggungjawab kerana melakukan pengusiran yang jelas membelakangkan kepentingan Melayu dalam keghairahan mengaut keuntungan.

Selaku Ketua Pasukan Khas Umno bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) Johari mengingatkan pemaju terbabit bahawa Kampung Sungai Baru adalah hak Melayu yang diberikan oleh Sultan Selangor ketika itu sejak era British lagi.

“Saya sudah memperjuangkan perkara ini sehingga saya kalah PRU14 pada 2018- pada ketika itu 2013-2018 tidak ada seorang pun penduduk di situ dipindahkan.

“Tapi malangnya apabila kerajaan terdahulu mengambil alih kawasan ini, tidak ada dikalangan mereka yang melihat isu pengusiran penduduk-penduduk di situ beramai-ramai oleh pemaju 2019-2021,” katanya dalam petikan video yang dimuat naik di Facebook.

Johari berkata pemaju jelas membelakangkan kepentingan Melayu dalam keghairahan mengaut keuntungan.

“Malah pemaju menggunakan Akta Pengambilan Tanah (2021) secara paksa kepada mereka-mereka yang tidak bersetuju keluar dari kawasan tersebut akhirnya (2025), kita sudah sampai di peringkat di mana ada 14 rumah lagi tak mahu keluar walaupun pampasan telah diberi.

“Inilah jadi dia kerana pemaju tidak bertanggungjawab melihat kepentingan orang Melayu secara keseluruhan di tanah Kampung Sungai Baru yang memang untuk orang Melayu,” ujarnya.

Justeru Johari mengemukakan cadangan penyelesaian terbaik, katanya beliau akan cuba berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zaliha Mustafa dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nak memastikan bahawa kawasan ini apabila dibangunkan balik oleh kerana sejarah tanah ini adalah tanah Melayu di Kampung Baru ini maka, hanya orang Melayu saja boleh beli produk ini daripada pemaju.

“Kalau katakan tak ada orang Melayu nak beli dia kena tunggulah sampai orang Melayu dapat beli kerana Kampung Baru ini adalah tanah yang telah diberi waktu zaman British lagi oleh Sultan Selangor pada ketika itu untuk orang Melayu.

“Tetapi kalau nak bagi kepada orang Melayu kalau kamu buat rumah yang orang Melayu tak mampu beli maka, itu ada jadi masalah,” kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat